Sunday, November 28, 2010

Gunung Angsi

Pagi-pagi buta 5:30 pagi di hari ahad aku dah bangun bersiap-siap nak ke Gunung Angsi. Dalam perjalanan singgah di Mc Donalds Saujana Impian beli sarapan, sebabnya makcik-makcik kat kawasan rumah aku belum bangun buka gerai lagi.
Seronok memandu di pagi hari, tambah pula ikut LEKAS. Jalan lengang, apa lagi tekan je la...kurang 1/2 jam dah sampai exit Senawang.
Dari Senawang ikut jalan Bukit Putus. Seram gak kalau jalan waktu malam, dah macam jalan tinggal. Lebih kurang 08:30 kami memulakan pendakian, kami tu ktorg bertiga je...

1st check point

Check piont ni they call it Kopitiam..... emmm apa entah own by Swee Lan and her gang.
Jalan punya jalan, tau-tau dah sampai puncak.






Pendakian selesai jam 1tgh hari. Dalam perjalanan balik singgah di minum dulu. Next time boleh cuba makan kat situ, restoran cina muslim. Aku tengok makanan menarik. Jom cuba...siapa nak ikut?


Saturday, November 13, 2010

Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong

Hari ini baru aku tahu ada hutan simpan yang best di tengah-tengah bandar ni. Pertama kali menjejakkan kaki ke Hutan Simpan Ayer Hitam. Sesuai untuk ativiti hiking yang santai. Dah la bangun lewat pagi tadi, nasib baik sempat sampai jam 0730 pagi. Berkumpul di Giant Bandar Puteri. Lebih kurang jam 0815 mula hiking. Peserta seramai 10 orang.

Thursday, November 11, 2010

Apa plan bulan 12/2010?

Sesiapa ada plan nak ronda-ronda kembara bulan 12 ni?
Sekiranya ada apa-apa cadangan boleh tinggalkan comment.

Tuesday, November 9, 2010

Kembara Janda Baik

Trip ke Janda Baik Pahang dengan officemate. Memaang tak sabar-sabar nak pergi. Dah penat exam, 2 minggu tidur tak cukup inilah masa nak berehat.
Berkumpul di Plaza Tol Gombak lebih kurang jam 10:30 pagi 5 Nov 2010, perjalanan mengambil masa
satu setengah jam untuk tiba ke lokasi penginapan.


RM70 satu malam. Memandangkan ktorg berlima, so tempah satu bilik je sudah....

 tempat menginap di Janda Baik.



Dalam perjalanan mencari 'port' nak mandi petang tu ktorg jumpa sorang makcik (lupa nak tanya nama) ni yg beria-ria ajak ktorg pergi mandi kat area rumah dia. Jadi ktorg pun ikut la makcik tu balik rumah dia. Tempat tu best sbb takda org lain, ktorg je yg mandi-manda kat sana. Ada satu resort kat situ pun belum operate lagi.


Bila malam menjelma perut pun sudah lapar, so BBQ time. Menu malam tu ayam bakar, sausage dan otak-otak. Penat aku menyiang dan memerap ayam tu, yang penting sedap. Huhh......

2 hari 1 malam rasa kejap je... dalam perjalanan balik sempat la pergi menyinggah di Lata Perahu yang semalam ktorg cari tak jumpa.



Selepas tracking selama beberapa minit kami pun tiba di Lata Perahu. Tempatnya memang best, pada yg tak reti berenang berhati-hati ada tempat yg dalam. Selepas puas mencuci mata menikmati keindahan alam semulajadi kami pun bertolak balik. Selamat Tinggal Janda Baik ada masa jumpa lagi.