Trip ke Janda Baik Pahang dengan officemate. Memaang tak sabar-sabar nak pergi. Dah penat exam, 2 minggu tidur tak cukup inilah masa nak berehat.
Berkumpul di Plaza Tol Gombak lebih kurang jam 10:30 pagi 5 Nov 2010, perjalanan mengambil masa
satu setengah jam untuk tiba ke lokasi penginapan.
RM70 satu malam. Memandangkan ktorg berlima, so tempah satu bilik je sudah....
tempat menginap di Janda Baik.
Dalam perjalanan mencari 'port' nak mandi petang tu ktorg jumpa sorang makcik (lupa nak tanya nama) ni yg beria-ria ajak ktorg pergi mandi kat area rumah dia. Jadi ktorg pun ikut la makcik tu balik rumah dia. Tempat tu best sbb takda org lain, ktorg je yg mandi-manda kat sana. Ada satu resort kat situ pun belum operate lagi.
Bila malam menjelma perut pun sudah lapar, so BBQ time. Menu malam tu ayam bakar, sausage dan otak-otak. Penat aku menyiang dan memerap ayam tu, yang penting sedap. Huhh......
2 hari 1 malam rasa kejap je... dalam perjalanan balik sempat la pergi menyinggah di Lata Perahu yang semalam ktorg cari tak jumpa.
Selepas tracking selama beberapa minit kami pun tiba di Lata Perahu. Tempatnya memang best, pada yg tak reti berenang berhati-hati ada tempat yg dalam. Selepas puas mencuci mata menikmati keindahan alam semulajadi kami pun bertolak balik. Selamat Tinggal Janda Baik ada masa jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment